2 Sebab Kenapa Ramai Orang Tak Ambil Takaful

Posted on December 3, 2024

Kita semua tahu, kan, takaful ni penting. Tapi peliknya, ramai yang tahu tapi masih tak ambil tindakan. Pernah tak anda tanya diri sendiri, “Kenapa eh, aku tak ambil takaful lagi?”

Kalau tanya orang lain, dua jawapan ni pasti muncul:

  1. “Aku boleh ambil nanti.”
  2. “Takaful mahal lah. Aku tunggu tahun depanlah, tahun ni tak jadi apa-apa pun.”

Kalau anda salah seorang yang fikir macam ni, jom kita sembang kejap. Saya nak explain kenapa dua alasan ni sebenarnya boleh bagi impak besar pada hidup anda.


1. Kita selalu fikir boleh apply esok

Betul ke esok masih ada peluang? Atau kesihatan kita masih baik esok? 🤔

Ramai orang anggap takaful ni macam barang mewah. “Ala, bila-bila boleh beli.” Tapi hakikatnya, takaful hanya boleh di apply dengan kesihatan.

Kalau anda sihat hari ni, tahniah! Tapi kalau esok doktor kata anda ada penyakit kronik? Sedihnya, masa tu takaful tak lagi jadi pilihan. Anda tak boleh apply sebab syarikat takaful takkan terima permohonan anda.

Satu lagi fakta yang ramai orang tak sedar: makin bertambah umur, makin mahal sumbangan takaful. Jadi, lagi cepat mula, lagi rendah carumannya. Jangan tunggu esok, sebab esok tu mungkin dah terlambat. 😰


2. Kita rasa takaful mahal dan cuba berjimat

Jujurnya, takaful ni memang nampak macam kos tambahan. Tapi sebenarnya, takaful ni pelaburan untuk melindungi kewangan anda.

Bayangkan situasi ni:
Anda tak ambil takaful sebab nak “jimat” duit. Tiba-tiba, anda perlu masuk hospital. Caj hospital? RM10,000. Masa ni, takaful yang anda “jimat” tu tak ada untuk bantu anda. Jadi, anda terpaksa korek tabung kecemasan, mungkin terpaksa pinjam pula.

Murah atau mahal, bergantung pada cara anda tengok. Apa yang mahal ialah bila tak ada perlindungan, dan anda terpaksa tanggung semua kos sendiri.

Bayangkan pula situasi ni:
Anda baru balik dari kerja, rasa badan tak sedap. Jumpa doktor untuk check-up, dan tiba-tiba diberitahu anda ada kanser. Selain kena ambil rawatan seperti chemotherapy, anda juga mungkin tak dapat bekerja untuk tempoh yang lama.

Kos rawatan? Mungkin anda boleh ke hospital kerajaan. Bagaimana pula dengan perbelanjaan rumah, bil-bil, makan, pendidikan anak-anak bagi yang sudah mempunyai keluarga?
Semua kos ni anda kena tanggung sendiri. Bayangkan tekanan nak cari duit untuk rawatan sambil fikir macam mana nak bayar bil harian.

Takaful sakit kritikal ni direka untuk situasi macam ni. Ia beri anda duit manfaat tunai yang boleh digunakan untuk rawatan atau sekadar untuk teruskan kehidupan. Jadi, bila anda cuba “jimat” dengan tak ambil takaful, sebenarnya anda sedang ambil risiko yang besar.


Soalan Lazim (FAQ)

🤔 Kalau saya tak mampu sekarang, macam mana?
Mulakan kecil-kecilan. Anda tak perlu ambil pelan besar terus. Mulakan dengan pelan asas, mungkin manfaat kematian/lumpuh kekal. Lepas tu, tambah perlindungan sakit kritikal dan medical card bila kewangan anda lebih stabil. Yang penting, jangan tunggu lama.

🤔 Saya tak tahu saya dah cukup perlindungan ke belum.
Mudah je, jumpa Financial Adviser’s Representative (FAR). Mereka dilatih untuk bantu anda semak sijil takaful anda dan juga mereka ada akses untuk beberapa Takaful Operator di Malaysia. Tak ada salahnya tanya dan dapatkan info.


Kesimpulan: Jangan Tunggu, Mulakan Sekarang

Semua orang plan macam-macam bila masuk hujung tahun, kan? Jadi, apa kata tahun ni anda masukkan satu matlamat penting: pastikan anda dilindungi sepenuhnya.

Percayalah, takaful bukan beban, tapi jaminan yang boleh selamatkan kewangan anda bila perkara tak dijangka berlaku. Jadi, jangan tunggu lagi. Mulakan langkah pertama anda hari ni.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *