Apabila bercakap tentang insurans konvensional, ramai yang bertanya:
“Adakah ia boleh dianggap patuh Shariah jika dana pelaburannya dilaburkan dalam instrumen halal?”
Isu ini penting kerana pelaburan adalah salah satu aspek utama yang membezakan insurans konvensional dan takaful. Artikel ini akan menerangkan peranan dana patuh Shariah dalam insurans konvensional dan bagaimana ia berbeza dengan takaful.
Dana patuh Shariah merujuk kepada pelaburan yang mematuhi garis panduan hukum Islam, termasuk:
Bagi insurans konvensional yang mendakwa menawarkan dana patuh Shariah, ini bermakna wang premium yang diterima peserta akan dilaburkan hanya dalam instrumen pelaburan yang halal, seperti saham patuh Shariah, sukuk, atau hartanah.
Walaupun pelaburan dalam dana patuh Shariah adalah langkah positif, insurans konvensional tetap tidak dianggap patuh Shariah secara keseluruhan kerana:
Walaupun sesetengah syarikat insurans konvensional menawarkan pelaburan dalam dana patuh Shariah, takaful tetap pilihan utama bagi umat Islam kerana:
Jika anda mencari perlindungan kewangan yang patuh Shariah, takaful adalah alternatif terbaik. Ia bukan sahaja menawarkan perlindungan kewangan tetapi juga mengamalkan nilai murni seperti saling bantu-membantu dalam kalangan peserta.
Merujuk kepada dokumen polisi Bank Negara Malaysia ‘Investment-linked Business‘ yang dikeluarkan pada 13 Februari 2023, syarikat insurans berlesen tidak dibenarkan menggunakan sebarang istilah untuk produk atau dana berkaitan pelaburan mereka yang boleh menimbulkan tanggapan bahawa produk atau dana tersebut adalah produk atau dana Islamik atau patuh Syariah.
Dalam hal ini, syarikat insurans berlesen tidak boleh menggunakan istilah seperti “Islamik”, “Syariah”, “Diluluskan Syariah” dan “Patuh Syariah”, atau sebarang rujukan berunsur Arab dalam penerangan atau nama mana-mana produk atau dana berkaitan pelaburan yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada pemilik polisi yang berpotensi.
Berikut adalah senarai Takaful Operator yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Selain dari senarai di bawah, maka ianya adalah insurans konvensional.
Dana patuh Shariah dalam insurans konvensional adalah langkah positif, tetapi ia tidak menjadikan produk tersebut sepenuhnya halal. Bagi mereka yang serius ingin menjaga prinsip Shariah dalam perancangan kewangan, takaful tetap pilihan yang lebih baik.